top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Gmie Screen meninggal dunia

10 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Screen, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


Berita ini disampaikan oleh kumpulan rock Lestari menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi mereka.


Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.


Menerusi pencarian di laman Facebook, jiran kepada Gmie, Ya Jamilah turut menyampaikan berita sedih itu dan dia turut berkongsi tangkap layar status anak Gmie yang bernama Siti Hadirah.


Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.


Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta. Tak Suka Tak Apa, Kau Kesayanganku, Bila Kau Kata Sayang dan banyak lagi.


Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.







bottom of page