top of page
  • newsatmy

Gnabry selamat maruah Jerman

29 Mac 2021

BUCHAREST: Gol babak pertama Serge Gnabry sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Jerman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Romania.


Pemain sayap Bayern Munich itu sudah meledak 15 gol dalam 19 penampilan untuk negaranya.


Jerman seharusnya menang lebih besar selepas melakukan 18 percubaan tepat, berbanding hanya sembilan oleh tuan rumah.


"Kami sepatutnya mengambil jalan mudah. Kami bernasib baik pada minit ke-90 apabila mereka hampir menjaringkan gol penyamaan.


"Kami sepatutnya menyelesaikan permainan lebih awal dan menjadikan petang kami lebih tenang," kata pemain tengah Jerman Joshua Kimmich.


Kemenangan itu meletakkan Jerman di puncak Kumpulan J dengan perbezaan satu jaringan berbanding Armenia yang turut memenangi kedua-dua perlawanan pertama mereka. - AFP

bottom of page