top of page
  • newsatmy

Guling MB Perak: 'Boleh jadi Bersatu balas dendam di Johor' – Osman


“Kalau ikutkan, boleh jadi balas dendam dengan melakukan perbuatan sama dilakukan wakil rakyat Bersatu kepada menteri besar daripada Umno.


"Saya sendiri selepas mendengar berita ini amat terkejut dan sedih sedang­kan kita bersama lebih lapan bulan membentuk kerajaan persekutuan dan negeri.


"Lebih-lebih lagi Ahmad Faizal merupakan timbalan presiden Bersatu, sudah tentu mengguris perasaan kami selaku ahli parti.”


Itulah pembayang yang diberikan oleh bekas menteri besar Johor juga Adun Kempas, Osman Sapian selepas Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu digulingkan sebagai menteri besar Perak semalam.


Kata Osman, Bersatu Johor barangkali boleh membalas dendam terhadap Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad yang berasal dari Umno.


Menurut Osman lagi, kepemimpinan Bersatu lebih berhak untuk memutuskan hal ini.


"Namun saya tidak mahu ulas benda ini lebih-lebih kerana saya bukan kepimpinan negeri.


“Kita tengok dahulu sama ada ia boleh berlaku di Johor atau sebaliknya.


"Segalanya terserah kepada keputusan kepimpinan parti sama ada di peringkat pusat dan negeri yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya lagi.



bottom of page