top of page
  • newsatmy

Guna pendekatan kreatif sampaikan mesej kerajaan kepada belia


KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menggunakan pelbagai pendekatan kreatif dalam menyampaikan mesej kerajaan kepada golongan belia. Menterinya, Hannah Yeoh berkata platform media sosial seperti TikTok merupakan antara medium terbaik untuk mendekati golongan tersebut. Penganjuran Pertandingan TikTok KBS antara inisiatif kementerian dalam menyemai semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda melalui media sosial. Usaha itu diharap dapat menjadikan platform TikTok medan yang sihat untuk generasi muda menerusi mesej-mesej seperti perpaduan. "KBS akan terus menganjurkan program yang menarik minat orang muda. Itu sebab bila kita fikirkan hadiah untuk pertandingan TikTok ini kita fikirkan iPhone. "Kita hendak tiga pemenang ini akan terus menggunakan iPhone mereka untuk mewujudkan atau buat lebih banyak lagi TikTok perpaduan untuk membantu golongan belia kita menghayati semangat perpaduan di Malaysia," kata Hannah selepas menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang Pertandingan TikTok KBS di bangunan parlimen di sini. Ia dianjurkan bagi menggalak dan meningkatkan kreativiti serta inovasi belia dalam menghasilkan video pendek bermaklumat bertemakan perpaduan. Pertandingan berlangsung selama sebulan hingga 31 Januari lalu.


bottom of page