top of page
  • Farah

Hakim Danish raih podium di Portimao


PORTIMAO, 27 Mac- Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli berjaya kibarkan jalur gemilang di kejuaraan Red Bull Rookies Cup 2023 selepas meraih kedudukan ketiga pada perlumbaa kedua di Portugal.


Pelumba berusia 16 tahun itu berjaya memperbaiki percapaian perlumbaan pertama selepas meraih kedudukan kelima.


Perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, menyaksikan Hakim Danish menggunakan jentera KTM, cemerlang menamatkan saingan podium dipisahkan 0.017 saat di belakang pelumba Sepanyol, Angel Piqueras yang mengungguli tempat pertama serta rakan sepasukannya Marcos Ruda tempat kedua.


Pelumba berasal dari Terengganu itu kini menduduki tangga keempat keseluruhan kejuaraan dengan mengumpul 27 mata.


"Saya nak ucapkan terima kasih kepada penaja-penaja, serta semua yang menyokong saya, tidak lupa juga kepada kelaurga yang selalu memberi dorongan kepada saya dan kemenangan ini adalah untuk rakyat Malaysia,"katanya dalam satu hantaran video.


Seorang lagi pelumba negara yang turut bersaing di kejuaraan itu, Danial Syahmi Ahmad Shahril pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.


Hakim Danish dan Danial Syahmi akan meneruskan saingan kejuaraan di Litar Jerez, Sepanyol yang berlangsung pada 29 dan 30 April ini.

bottom of page