top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Hamzah pulih dari COVID-19

27 Januari 2021

KUALA LUMPUR - Dato Seri Hamzah Zainudin yang merupakan Menteri Dalam Negeri dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19.


Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama turut berkata, Hamzah juga berada dalam keadaan baik.


Hamzah telah disahkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


“Terima kasih tidak terhingga kepada para doctor, jururawat serta petugas barisan hadapan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang dan layanan mesra tidak mengira penat lelah sepanjang tempoh rawatan saya”. Katanya menerusi kenyataan media.


Beliau juga berpesan kepada rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan serta memberi kerjasama kepada barisan petugas hadapan dalam usaha memutuskan rangkaian COVID-19. - PN Online



bottom of page