top of page
  • newsatmy

“Hanya Bolos 2 Gol,boleh kejar”-Park Hang Seo

24 Disember 2021

Walaupun terduduk menyaksikan skuad kendalian tewas buat kali pertama dan bolos dua gol kepada seteru di Asia Tenggara, Park Hang-seo tetap yakin kedudukan itu tidak akan bertahan lama dan mereka boleh ‘kejar’. Beliau jelas masih mampu menunjukkan betapa kuat mentalnya di sidang media dan yakin kemampuan para pemainnya untuk kembali dalam persaingan ke pentas final Piala AFF Suzuki 2020. Biarpun dibolosi dua gol dan gagal meledak gol berdepan Thailand, Vietnam dilihat tetap tampil dengan permainan menyerang yang menarik. Bukan mudah sebenarnya kerana sejak dilantik pada September 2017, beliau melakar rekod cemerlang ke atas lawan dari Asean, malah menjadi pasukan pertama dari Asean yang mara hingga ke suku akhir Piala Asia pada edisi 2019. Mereka juga menjadi pasukan Asean pertama melangkah ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia. Namun, malam tadi, ego mereka ditundukkan Gajah Perang. Dua gol kapten Thailand, Chanathip Songkrasin sudah cukup buat mereka untuk selesa mendahului agregat sebelum pertemuan kedua pada Ahad ini.

Jaringan pendahuluan menjelma seawal minit ke-14 apabila percubaan Chanathip yang cuba dihalang penjaga gol, Tran Nguyen Manh terkena semula Chanathip, lalu bola bergolek masuk ke gawang terbuka Vietnam.

Thailand terus melebarkan kedudukan berselang sembilan minit kemudian selepas gerakan menarik satu-dua hantaran pendek dicipta di kawasan lawan disudahkan dengan tenang Chanathip untuk selesa di depan. Mujur buat Golden Dragon apabila sepakan penalti yang diambil Chanathip gagal disudahkannya di lewat permainan untuk Thailand lebih selesa mendahului perlawanan apabila Nguyen Manh berjaya menafikannya.

Ujar Park Hang-seo sejurus perlawanan berakhir, “Habis perlawanan, pembantu saya telah bercakap kepada pemain, kita masih ada pertembungan kedua nanti, dua gol itu masih di situ, bila-bila pun boleh kami kejar.” .

Comments


bottom of page