• Nihaba

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 2 Disember 2021 Hingga 8 Disember 202

1 Disember

KUALA-LUMPUR-Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 2 Disember 2021 hingga 8 Disember 2021 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.05 kepada RM3.02 seliter;

  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan

  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global,Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.


Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.