top of page
  • admin

Harga sawit terendah dalam tempoh 15 bulan


KUALA-LUMPUR,28 Sept:Niaga hadapan minyak sawit Malaysia mencecah paras terendah baharu dalam 15 bulan, meneruskan kerugian untuk sesi kelima berturut-turut apabila kebimbangan kemelesetan global menjejaskan permintaan dalam pasaran minyak boleh dimakan.


Agensi berita Reuters melaporkan, kontrak penanda aras minyak sawit bagi penghantaran Disember di Bursa Malaysia Derivatives susut 5.08 peratus kepada RM3,344 satu tan menjelang rehat tengah hari.


Terdahulu pada sesi itu, ia susut kepada RM3,326, paras terendah sejak 18 Jun 2021.

Kontrak itu telah merosot 14 peratus setakat ini dalam tempoh lima hari.

Memandangkan harga melepasi bawah paras RM3,430, peniaga bertindak menjual pegangan mereka, kata peniaga di sini.


“Kegawatan global dalam pasaran tenaga dan saham menambahkan lagi tekanan jualan dalam bahagian minyak boleh dimakan.


“Pasaran saham Asia jatuh, apabila kos pinjaman yang meningkat menambahkan lagi kebimbangan terhadap kemelesetan global, mendorong pelabur ke dalam dolar lindung nilai selamat dan menghukum mata wang di seluruh rantau ini,” katanya yang dipetik Berita Harian.

Harga minyak jatuh lebih satu peratus, ditekan oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan simpanan minyak mentah yang mengimbangi sokongan daripada pengurangan pengeluaran AS yang disebabkan oleh Taufan Ian.


Kontrak minyak kacang soya paling aktif di Dalian jatuh 0.52 peratus, manakala kontrak minyak sawitnya susut 1.08 peratus.


Harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade merosot 1.22 peratus.

Minyak sawit dipengaruhi oleh pergerakan harga dalam minyak berkaitan kerana mereka bersaing untuk mendapatkan bahagian dalam pasaran minyak sayuran global, manakala minyak mentah yang lebih lemah menjadikan minyak sawit kurang menarik sebagai bahan mentah bahan api bio.


Minyak sawit mungkin menguji semula paras sokongan pada RM3,427 satu tan, penembusan di bawah paras itu boleh membuka laluan ke arah julat RM3,288 hingga RM3,360, kata Penganalisis Teknikal Reuters, Wang Tao.


Eksport produk minyak sawit Malaysia untuk 1 hingga 25 September meningkat antara 18.6 peratus dan 20.9 peratus berbanding angka sebulan lalu, kata juru ukur kargo.

ความคิดเห็น


bottom of page