top of page
cik skod

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia

30 mac

DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.


Menurut pengiraan laman Footy Rankings, skuad negara akan memperolehi 5.27 mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan dan 4.85 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong.

Ia sekali gus menyaksikan Malaysia akan melonjak ke kedudukan ke-138 dengan mengumpul 1,082.13 mata dengan kemas kini rasmi hanya akan dilakukan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 6 April depan.

Mengikut kemaskini terakhir ranking FIFA pada 22 Disember tahun lalu, Malaysia berada di ranking ke-145 dunia dengan 1066.60 mata dan belum dicampur dengan kiraan mata ketika aksi Piala AFF 2022.


Untuk rekod, ranking terbaik yang pernah diraih skuad negara adalah di kedudukan ke-75 manakala ranking terburuk adalah di kedudukan ke-178 dunia.


Kedudukan ke-138 dunia itu bakal menyamai kedudukan terbaik skuad kebangaan pada 2011 selelas memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah berada di kedudukan itu sebelum mengalami kejatuhan ke tangga ke-178 pada tahun 2018. -Sinar Harian

Comments


bottom of page