top of page
  • Farah

Harimau Malaya Dijemput ke Kejuaraan Asia Selatan

4 April

Reputasi skuad Harimau Malaya selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 kini semakin meningkatkan ‘saham’ mereka dalam kalangan pasukan-pasukan lain apabila semakin banyak yang mahu menguji taring.


Menurut laporan ASEAN Football, pihak South Asian Football Federation (SAFF) kini telah menjemput dua pasukan untuk melengkapkan kejohanan yang lazimnya akan disertai oleh enam negara dari rantau tersebut.


Jadi untuk memeriahkan lagi kejohanan yang sudah cukup terkenal di Asia Selatan ini, SAFF akan menjemput dua lagi pasukan bagi menjadikan ia pertandingan lapan negara.


Presiden SAFF, Kazi Salahuddin mengesahkan yang pihaknya telah menjemput dua negara iaitu Malaysia dan Arab Saudi untuk menyertai kejohanan edisi 2023.


SAFF menjemput Harimau Malaya untuk menyertai kejohanan sementara Arab Saudi pula diminta untuk menghantar skuad B-23 mereka ke kejohanan ini.


Sekiranya pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk menghantar pasukan, mereka akan menyertai kejohanan ini yang dijadualkan pada 21 Jun hingga 3 Julai ini.

Ia juga akan menjadi penghargaan yang tinggi untuk Malaysia dijemput menyertai kejohanan serantau yang pada hemat bola sepak Asia Selatan, ianya menyerupai Piala AFF di Asia Tenggara.


Dalam masa yang sama, Malaysia dapat menguatkan lagi pasukan sebelum menyertai Piala Asia 2023 kelak.


Piala SAFF 2023 akan diadakan di Bengaluru, India dengan pasukan lazim yang menyertai adalah India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Maldives.



Sumber:AIFF

bottom of page