Nihaba
"Harimau Muda" menentang Thailand
31 Oktober 2021
KUALA LUMPUR: Perlawanan Malaysia menentang Thailand di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF), hari ini pasti menjadi detik paling mendebarkan skuad bawah 22 (B-22) tahun negara sepanjang kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022.
Skuad negara B-23 kendalian Brad Maloney ketika mereka kini sudah sebelah kaki untuk layak ke pusingan akhir kejohanan itu di Uzbekistan, tahun depan. Skuad 'Harimau Muda' tidak boleh tewas sekiranya mahu mengesahkan tempat ke pusingan akhir dengan mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri
Maloney bagaimanapun memberi bayangan bahawa pasukannya tidak akan turun dengan corak permainan lebih kepada bertahan atau sekadar untuk meraih keputusan seri.
Sebaliknya, pengendali kelahiran Australia itu berkata pasukannya akan kekal dengan corak permainan ketika menundukkan Laos dan tuan rumah, Mongolia sebelum ini.
"Thailand pasukan yang sangat bagus, mereka pasukan pilihan untuk layak ke kejohanan ini. Jadi kami menghormati mereka, tapi kami menjangkakan aksi sengit bakal ditampilkan.jelas Maloney.
Skuad negara kini berada di kedudukan teratas Kumpulan J dengan mengumpul enam mata selepas kemenangan 1-0 ke Laos dan Mongolia, manakala Thailand pula di tangga kedua dengan empat mata.
Berdasarkan format pertandingan, 11 pasukan juara setiap kumpulan dan empat naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 bersama tuan rumah, Uzbekistan.
Jadual hari ini
Kumpulan J
Thailand mln Malaysia - Std MFF, Ulaanbaatar, 11 pg
Mongolia mln Laos - Std MFF, Ulaanbaatar, 3 ptg
Comments