Nizam
Harith hanya tahu komen tapi tak bantu pun mangsa banjir
25 Disember 2021

Ciapan itu mengundang kecaman di kalangan netizen kepada Harith kerana dia seolah-olah mempersoalkan kempen tersebut.
Ciapan itu mengundang kecaman di kalangan netizen kepada Harith kerana dia seolah-olah mempersoalkan kempen tersebut.
Kecoh di media sosial mengenai isu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak turun padang bantu mangsa banjir mendapat perhatian ramai, apatah lagi pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander juga turut menyoal isu yang serupa di laman Twitternya.
Ciapan Harith di media sosial menarik perhatian pelawak Sharol Shiro yang merupakan anak kepada bekas tentera, lantaran itu Shahrol berkongsi pandangannya terhadap isu yang dibangkitkan Harith di akaun Instagramnya.
Shahrol juga menegur bahawa setiap petugas yang hadir memberi bantuan harus dihormati, pelawak ini juga berkongsi beberapa foto anggota tentera menyelamatkan mangsa banjir di Instagramnya sebagai bukti Angkatan Tentera Malaysia menjalankan tugas.
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik nama Harith Iskander Musa. 'Harith ni tau komen,komplen seolah-olah beliau bijak ,tapi hakikatnya beliau tak turun padang bantu pun mangsa banjir'komen warganet.
Malah, ada yang menggesa pelakon berumur 55 tahun itu untuk membuat permohonan maaf kepada ATM.
Terdahulu, Harith mendakwa tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia berada di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.