top of page
Writer's pictureArissa Azman

Hidup Bergaya, Tapi Ambil Bantuan B40

8 Jun 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang dengan memberi bantuan kepada pelajar sekolah yang kurang berkemampuan dengan menyediakan kemudahan meminjam laptop untuk PdPR para pelajar ketika pandemik ini.


Lazimnya bantuan yang disalurkan itu ada sejumlah peruntukan tertentu yang dikhaskan untuk golongan yang bersasar.


Namun begitu, ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memohon bantuan berkenaan meskipun bukan tergolong dalam kategori mereka yang disasarkan.


Pihak yang bertanggungjawab perlu mengkaji semula jumlah isi pendapatan rumah yang layak untuk menerima bantuan-bantuan yang tersedia seperti bantuan tablet di sekolah-sekolah kerajaan.


Seperti yang telah dijanjikan, kerjaan telah mula mengagihkan 140,000 tablet kepada setiap sekolah di seluruh negara.


Berdasarkan pemerhatian di lapangan dan aduan, ada sesetengah ibu bapa yang secara fizikalnya mampu dari semua aspek dan stabil ekonominya, tetapi mengambil kesempatan dengan tidak jujur jumlah pendapatan mereka untuk menerima bantuan dari sekolah dan kerajaan.


Tetapi, pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa kerana maklumat diisi oleh ibu bapa sendiri.


Perkara ini sering kali berulang sejak dahulu lagi, namun pihak yang bertanggungjawab tidak mampu berbuat apa-apa.


Walaubagaimanapun, ada sesetengah mereka yang bertanggungjawab dan sedar itu bukan hak mereka dengan menolak bantuan tersebut kerana mereka masih lagi mampu untuk memberi kemudahan persekolahan kepada anak mereka dan sekaligus telah membuka peluang kepada golongan yang tidak berkemampuan.


Kita perlu mendidik diri kita dengan bersikap jujur dan tidak mengambil hak orang yang layak


Kalau sikap itu kita amalkan, mereka yang layak dan terjejas tidak akan dapat menerima bantuan yang disediakan.



--PN Online

Comments


bottom of page