• newsatmy

Hilang Jari Akibat Main Mercun, Seperti Acara Wajib Setiap Tahun.


Saban tahun kita pasti akan mendengar, membaca berita tentang orang hilang jari, hilang tangan, hilang kaki akibat main mercun.


Dan saban tahun juga kita, sebagai ibu bapa pasti akan menasihati anak-anak akan bahayanya main mercun ini.


Akan tetapi, anak-anak seperti tidak makan saman dan mengulangi perbuatan tersebut.


Nak cakap pakai apa lagi? Takkan kaki atau rotan pula?


Biasalah malam Ramadan, sesetengah ibu bapa pasti akan melakukan solat sunat terawih di masjid, dan ada sesetengah ibu bapa sudah pun mula sibuk membuat kuih raya.


Mereka tidak dapat memerhatikan setiap pergerakan anak-anak 24 jam.


Jadi anak-anak berasa bebas, selepas pulang terawih mereka pasti akan melepak bersama rakan-rakan sebaya, berborak kosong dan sehinggalah ada yang bermain mercun dan bunga api.


Bila sudah terhantuk, baru terngadah!


Bila jari dah hilang, baru nak menangis menyesal meratapi nasib hidup selepas ini bila tiada jari.


Nak salahkan siapa?


Ibu bapa? Kawan-Kawan? Makcik jiran sebelah sebab tak marah?


Baru-baru ini, keluar lagi berita "hilang jari akibat main mercun" selepas seorang remaja hilang jari telunjuk dan jari tengah akibat main mercun bola di Kampung Banggol, Kulim.


Mengerikan bukan? Tapi itulah, anak-anak ini seperti "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" sahaja.


Esok lusa nanti ada lagi main mercun bola dan ada lagi berita hilang jari.


Lali sudah telinga ini mendengar berita seperti ini.