top of page
  • admin

Hormati Proses Rundingan Kerusi – Naib Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu


KOTA BAHARU,19 Sept:Tular satu video yang terdapat ucapan wakil Kelantan dalam Kongres Pemuda Amanah Nasional baru baru ini mengumumkan Sdr Hazmi Hassan sebagai calon DUN Kota Lama tidak sepatutnya berlaku memandangkan proses rundingan kerusi masih berjalan.


Naib Ketua Cabang Keadilan Kota Bharu, Sdr Muhd Hafiz Bin Muhd Kasasi terkejut dengan tindakan gopoh pemuda Amanah mengumumkan perkara tersebut jelas melangkaui proses rundingan yang sedang berlaku.


Sepatutnya mereka menghormati pimpinan masing-masing yang jelas mereka tahu proses rundingan sedang berlaku dengan baik. Lagi pun Sdr Hazmi selaku Ketua Pemuda Amanah pun terlibat sama dalam rundingan tersebut.


Beliau berharap pemimimpin parti komponen menghormati keharmonian dalam Pakatan Harapan sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Dalam sengaja atau tidak sengaja Pemuda Amanah sepatutnya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku pada PRU14 demi kemenangan bersama pada PRU 15 nanti. Lebih-lebih lagi kerusi tersebut berlaku pertindihan semasa rundingan.


Beliau berkata,dalam menuju PRU 15 yang dijangka berlaku dalam masa terdekat menjadi keutamaan bersama dalam menjaga keharmonian sesama rakan komponen parti Pakatan Harapan.



Commentaires


bottom of page