• Arissa

i-Citra KWSP: Permohonan Pengeluaran RM5,000 Bermula Ogos

28 Jun 2021

i-Citra KWSP pengeluaran bulanan RM 1,000 setiap bulan sehingga RM 5,000 dibenarkan oleh KWSP bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi bencana pandemik ini.


Pengeluaran iCitra KWSP ini boleh dibuat bermula 15 Julai 2021.


Menerusi program i-Citra ini, lebih 13 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.


Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.




--PN Online