top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

"I have lost him forever" - Bapa Amylea Azizan meninggal dunia

12 Ogos 2021

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi dan komposer, Amylea Azizan, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), pada Rabu.

Berita pemergian Azizan Zainal Abidin, 62, itu dimaklumkan sendiri oleh Amylea menerusi kemas kini laman Instagramnya.


Penyanyi yang popular menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ke-3 itu berkata, tiada kesakitan yang lebih perit daripada kehilangan ibu bapa.


"I have lost him forever.....


“ Hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu dugaan demi dugaan, saya amat bersyukur atas pinjaman yang dikurniakan iaitu seorang ayah yang sangat baik,” tulisnya di Instagram.


Pada masa sama, pelantun lagu Kendati itu juga berkata, jika Allahyarham ada berhutang dengan mana-mana pihak mereka boleh menghubunginya.


Sebelum ini, media melaporkan tahap kesihatan bapa Amylea mula merosot pada Julai selepas demam akibat jangkitan kuman, menyebabkan dia terpaksa dirawat di IJN sejak 30 Julai lalu.

bottom of page