top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Ibu Amy Search meninggal dunia

3 Ogos 2021

IBU kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search meninggal dunia pada jam 6 petang semalam.


Perkara itu dimaklumkan Amy melalui status yang dimuat naik di akaun Instagramnya.


Fatimah Idris, 88, menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudaranya di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan Penolong Kanan Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.45 malam tadi.


Jenazah akan dimandikan pada jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.



--Awani

bottom of page