• newsatmy

'Ibu tak leh cari makan macam ni' - Siti Nurhaliza kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendir

2 November 2021

KEMUNCULAN Aafiyah, anak sulung penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin di Instagram penyanyi itu sering kali menjadi tumpuan.


Mana tidaknya, ada sahaja gelagat Aafiyah yang mencuit hati ramai.


Terbaharu menerusi Instagramnya, penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi suara Aafiyah yang dirakam ketika sedang menyanyi.


Namun apa yang melucukan sudah semestinya lirik lagu "Kalau Rasa Gembira" yang disampaikan Aafiyah.


“Bila Aafiyah dah pandai nyanyi dan cipta lirik sendiri. Ibu tak leh cari makan macam nih!


”Dengarkanlah cover 'Kalau Rasa Gembira' Aafiyah dengan tajuk baru 'Sakit Ekor, Siapa Nak Bagi Air'. Semoga terhibur,” kongsi Siti Nurhaliza di Instagramnya.


Perkongsian Siti Nurhaliza itu sudah semestinya mendapat perhatian pengikut di Instagram.

Malah ada yang mengatakan bakat seni Siti Nurhaliza sudah semestinya diwarisi anak kesayangan penyanyi hebat ini.