IJM Allianz Duo Highway Challenge sasar 15,000 peserta
PETALING JAYA, 1 Mac- Acara lariallengen IJM Allianz Duo Highway Challenge kembali menemui peminatnya selepas tiga tahun tidak dianjurkan. Seramai 15,000 peserta disasarkan untuk menyertai acara berkenaan dengan membabitkan 15% peserta dari luar negara. Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, meskipun pihaknya pernah menganjurkan larian virtual pada 2021 susulan pandemik COVID-19, sebenarnya ramai peminat yang ternanti-nanti acara larian sebenar ini. "Tahun ini, kami mendapat permintaan yanng luar biasa untuk kami adakan acara ini secara fizikal dan kami juga menerima banyak pertanyaan bila acara ini akan diadakan,"katanya. Acara Duo Highway Challenge melibatkan dua larian iaitu Besraya Highway Challenge dan NPE Highway Challenge masing-masing diadakan pada 21 Mei dan 9 Julai tahun ini. Larian diadakan dalam beberapa kategori antaranya Terbuka 6km, Cabaran Larian 13 km, Fun run 5km, 10km serta Cabaran Larian 21 km
Comments