• newsatmy

Ikon hijabista, Hana Tajima sahkan tidak lagi berhijab

17 NOVEMBER 2021

Ikon Hijabi yang berdarah kacukan Inggeris-Jepun, Hana Tajima sahkan dirinya kini sudah tidak lagi mengenakan hijab.


Hana menjelaskan, mencari keseimbangan dalam menutup aurat bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, dia juga memahami tekanan yang dihadapi oleh hijabista yang dijangka menepati kesempurnaan dalam segala aspek.


“Jadi inilah saya… Sukar untuk saya bincangkan hal ini, dan saya berbolak balik tentangnya, tetapi izinkan saya meletakkan semuanya di sana. Apabila saya menutup rambut saya, saya tidak selalu menutup telinga atau leher. Saya tidak selalu menutup rambut saya. Saya tidak selalu menutup rambut saya sepenuhnya.


“Mencari keseimbangan saya dengan hijab bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi saya fikirkan tentang hal itu saban waktu.


“Saya boleh faham kenapa model hijabi di media sosial memutuskan untuk berhenti bertudung. Kamu mengundang begitu banyak tekanan. Kesempurnaan yang sentiasa diteliti. Sehinggakan kamu mula bertanya, ‘Adakah saya hanya melakukan ini untuk memastikan orang lain gembira?’ Ia tidak mudah.


“Lebih-lebih lagi jika kamu tinggal di negara yang mempunyai stigma terhadap wanita bertudung,” katanya.


Dalam pada itu, Hana turut menulis yang dia sentiasa menghargai dirinya dan mengalihkan fokus terhadap pendapat yang mengatakan tudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan.