top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Imam Besar Masjid Putra mohon maaf

15 September 2021

Baru-baru ini, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan respon Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi ketika dia menjelaskan tentang video viral VIP yang dikatakan mendapat layanan istimewa ketika Solat Jumaat.


Dalam video tersebut, Ustaz Ikmal memberitahu bahawa Masjid Putra memang ada menyediakan 10% kuota untuk VIP berjawatan pengarah dan ke atas dari Jabatan Perdana Menteri serta turut meminta orang yang tularkan video tersebut untuk berjumpa dengan meminta maaf.


Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasakan respon Ustaz Ikmal ini keterlaluan dan sombong sebagai seorang Imam.


Menyedari akan kesilapannya ketika membuat siaran langsung tersebut, Ustaz Ikmal telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Facebook peribadinya.


Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang mengetahui kes ini secara jauh dan dekat di atas reaksi saya yang dilihat agak keterlaluan.”


Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai perlaksanaan SOP khasnya untuk Masjid Putra, Putrajaya.”


Selain itu, Ustaz Ikmal turut mengajak jemaah Masjid Putra untuk terus mengimarahkan masjid dengan aktiviti seperti Solat Jumaat, Solat Fardu serta program-program yang dianjurkan oleh masjid tersebut.


Facebook rasmi Masjid Putra juga turut memuat naik semula video dari Ustaz Ikmal ini serta mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan.


Permohonan maaf terbuka dari Ustaz Ikmal ini telah pun mendapat reaksi positif dari rata-rata netizen.


bottom of page