top of page
newsatmy

Import minyak sawit India dari Malaysia melonjak 21 peratus pada Sept


NEW DELH,14 OKT: Import minyak sawit India dari Malaysia meningkat lebih 21 peratus bulan lepas berbanding jumlah import pada Ogos.


India mengimport hampir 1.6 juta tan minyak makan pada September, dengan minyak sawit menguasai bahagian terbesar sebanyak 74 peratus.


Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang dikeluarkan pada Khamis, negara itu mengimport 1.17 juta tan minyak sawit pada bulan itu, dengan Malaysia membekalkan kira-kira 36.5 peratus.

Import minyak sawitnya dari Malaysia terdiri daripada 292,388 tan minyak sawit mentah, 129,105 tan minyak olein sawit RBD dan 6,718 tan minyak isirong sawit mentah.

Pada Ogos, India mengimport 353,556 tan minyak sawit dari Malaysia.


Setakat tahun ini, jumlah import minyak makan India berjumlah kira-kira 10.3 juta tan, termasuk lebih daripada 2.7 juta tan minyak sawit Malaysia.

-- BERNAMA

Comments


bottom of page