top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Imunisasi adalah ikhtiar keluar daripada Pandemik COVID-19

28 Julai 2021

Dalam Sidang Media Parlimen hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas barisan hapadan yang bertungkus-lumus menjayakan PICK.


PICK merupakan satu ikhtiar serta usaha untuk keluar daripada keadaan Covid-19 yang telah mengubah kehidupan seluruh rakyat Malaysia semenjak hampir dua tahun yang lepas.


Khairy turut berterima kasih bagi pihak kerajaan kepada semua ahli masyarakat yang telah bersama-sama tampil kehadapan untuk memastikan sasaran yang ditetapkan di bawah PICK dapat mencapai kejayaan.


"Saya sanjung sangat usaha anda semua para barisan hadapan sehingga Malaysia hari ini mempunyai kadar vaksinasi yang terpantas dan yang terbaik di dunia,


"Insha-Allah dengan kerjasama dan solidariti berterusan daripada kita semua, usaha yang sedang kita jalankan ini mampu mencapai kejayaan dan memberi pelindungan vaksin kepada seramai mungkin penduduk Malaysia dan seterusnya membolehkan kita keluar daripada wabak penyakit Covid-19 ini," kata beliau.




--PN Online

bottom of page