top of page
  • newsatmy

Indonesia bimbang “Kluster Malaysia” ketika Muhyiddin membuat lawatan

7 Februari 2021

Agensi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia (BP2MI) Nunukan, Kalimantan Utara telah menyatakan kebimbangan terhadap kluster import dari Malaysia, ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan rasmi ke republik tersebut.

Lapor Kompas.com pada hari Jumaat, BP2MI telah bermula mengetatkan kawalan sempadan dengan Malaysia, susulan banyak kes melibatkan pekerja Indonesia melarikan diri dari Malaysia dengan menggunakan jalan tikus di kawasan sempadan.

Ciapan laporan kompas.com Ketua BP2MI Nunukan, Hotma Victor Sihombing berkata, kebanyakan pekerja yang melarikan diri akan menggunakan jalan di wilayah Krayon dan Pulau Sebatik yang menghubungkan kedua-dua negara.

Hotma Victor Sihombing“Kita sudah mengendalikan tiga kes berkaitan pekerja Indonesia lari dari Malaysia. Mereka mengambil kesempatan di sempadan Krayan dan Sebatik untuk ke kampung halaman di Nunukan,” katanya.

Menurut Victor, kes terakhir dikendalikan pihaknya melibatkan 11 pekerja yang berasal dari Bulukumba, Sulawesi Selatan pada hujung Januari lalu.

Katanya, mereka sanggup meredah hutan kelapa sawit dan mencari kenderaan menuju ke Krayan di Nunukan yang merupakan wilayah terdekat dengan Sarawak, Malaysia.

Jelasnya, kebanyakan pekerja memilih laluan haram di kawasan sempadan adalah kerana ingin mengelak membayar kos ujian calitan Covid-19, menjalani kuarantin dan kehilangan kad pengenalan kerana dipegang majikan.

“Sehubungan itu, kita meminta pasukan petugas khas Covid-19 mengetatkan pemeriksaan di kawasan sempadan kerana tidak mahu ada kluster import dari Malaysia,” ujarnya.


Comments


bottom of page