Search
- cik skod
Industri EV mampu jana ekonomi negara
KUALA LUMPUR, 8 Mac- Lebih banyak Kenderaan Elektrik (EV) mampu milik bakal dilancarkan tahun ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis, harga kenderaan EV akan terus menurun sebelum akhir tahun ini.
"Saya optimistik harga kereta akan terus turun dengan penambahbaikan teknologi. Sebenarnya kita menyasarkan supaya harga EV ini turun sehingga RM120,000. Ada beberapa pelancaran kereta mampu milik tahun ini", katanya selepas Program Invest Malaysia di ibu negara.
Tambahnya, MITI akan terus memberi fokus dalam industri EV kerana mampu membantu menjana ekonomi negara.
Comments