top of page
  • newsatmy

Ini antara selebriti guna media sosial bantu mangsa banjir

20 Disember 2021

Biarpun keadaan di sekitar Lembah Klang sudah semakin pulih dah hujan pun sudah terlihat sudah berhenti, namun masih ada kebanyakkan tempat yang dilanda banjir masih belum reda.


Banyak individu yang terkandas akibat banjir, ada yang tidak pulang ke rumah dan ada juga yang terpaksa bermalam di dalam kereta kerana tidak tahu hendak ke mana. Bantuan pula susah untuk didadapati susulan jalan-jalan utama ditutup kerana paras air yang naik pada paras bahaya.


Justeru, terdapat beberapa artis tempatan yang mengambil inisiatif menggunakan platform media sosial mereka dengan membuat ciapan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.


Menerusi Instagram pengacara dan penyampai radio Sharifah Sharifah, kelihatan beliau sangat aktif memuat naik informasi mengenai mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan dan juga yang terperangkap akibat kenaikan air.


Di samping itu, selebriti popular Neelofa juga ada membuat ciapan di Twitter beliau dengan berpesan untuk menghubungi talian hotline Pertubuhan Kasih Neelofa jika ada mana-mana pihak yang terkesan dengan bencana alam ini.


Dalam pada masa yang sama, penyanyi rap sensasi Caprice atau Daddy Cap itu ada juga menyuarakan pendapatnya agar Shah Alam ditutup dan beliau menyeru orang ramai yang untuk terus keluar membantu mangsa yang terlibat dalam banjir kilat ini.


Begitu juga dengan pelakon hebat, Datuk Fizz Fairuz yang tidak lupa untuk menggunakan media sosialnya untuk menyebarkan maklumat tentang mereka yang terkandas dan memerlukan pertolongan orang ramai.


Dalam perkembangan lain, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kepada orang ramai hujan lebat berterusan tahap bahaya diramalkan akan berlaku pada hari ini di negeri Perak, Pahang dan Selangor.

Opmerkingen


bottom of page