• Arissa Azman

Inisiatif KPLB dan Agensinya Sepanjang PKP3.0

14 Jun 2021

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang diterajui oleh YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad mengusahakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Secara kesuluruhannya, kesemua inisiatif ini melibatkan 9 agensi di bawah KPLB dengan peruntukan kira-kira RM231,601,878 dan merangkumi 831,008 penerima manfaat.


Bagi pelajar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuat penangguhan bayaran WC MRSM bermula Mei 2021 bagi 35,467 pelajar Tingkatan 1 hingga 5 apabila sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan dan bayaran caruman dilaksana semula apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibenarkan.


Selain itu, MARA Prihatin: Peace of Mind (POM) 3.0 akan membuat penangguhan dan penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama setahun untuk 14,300 peminjam.


Seramai 28,810 pelajar UniKL akan diberikan Diskaun Khas Pelajar UniKL bagi sesi Januari-Jun 2021 sebanyak 50 peratus dan pembatalan yuran orientasi kepada 970 pelajar.


Bagi Skim Pinjaman Komputer (SKIP), seramai 526 pelajar dari mana-mana Institut Pendidikan Mara (IPMA) dibekalkan peranti komputer dengan bayaran pinjaman serendah RM40 sebulan dan akan membuat moratorium pembayaran pinjaman bersasar kepada 81,442 peminjam MARA.


Bagi golongan Usahawan pula, KPLB akan menganjurkan Latihan Keusahawanan Dalam Talian agar dapat mendaya perniagaan dalam pelbagai slot seperti FBLive, Webinar, Biznetwork, dan BizTalk dengan penyertaan seramai 600,000 peserta.


KPLB juga akan memperuntukkan RM155 juta bagi Pembiayaan Khas Penjana kepada operator IPTS yang melibatkan 25 IPTS.


KPLB turut memperuntukkan RM10 juta Inisiatif Khas Usahawan dengan membuat penjadualan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan kepada 2,000 usahawan serta pengusaha kecil dan sederhana (PKS), selain memperuntukkan juga RM3.4 juta Diskaun Sewa kepada 5,759 penyewa premis MARA sebanyak 30 peratus selama tiga bulan berkuatkuasa Mei lalu hingga Julai 2021.


Inisiatif-inisiatif ini juga akan melibatkan 8 agensi lain di bawah KPLB termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).


KPLB akan memperuntukkan sebanyak RM140,000 kepada KEMAS dengan menganjurkan Kursus Kemahira Quick Win Pelbagai Bidang 2.0 dalam bidang jahitan, masakan dan dandana diri yang akan memberi manfaat kepada 7760 peserta yang terpilih.


Bagi RISDA, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk pengecualian sewa sebanyak 50 peratus bagi 33 penyewa prems dan hartanahnya untuk 2020 dan 2021.


Bagi KEJORA pula, sebanyak RM647,555 diperuntukkan bagi penangguhan, pengecualian dan penjadualan semula yang memanfaatkan 423 penyewa dan peminjam.


PERDA akan diberikan peruntukkan sebanyak RM561,100 untuk penangguhan, pengecualian dan penjadualan semula sewa yang memanfaatkan575 penyewa dan peminjam pelbagai kategori.


KESEDAR pula akan diberikan peruntukkan sebanyak RM861,000 untuk penangguhan dan penjadualan semula bayaran balik pinjaman ekonomi serta pengecualian bayaran sewa premis yang memanfaatkan 594 penyewa dan peminjam.


KETENGAH juga akan diberikan peruntukan sebanyak RM551,444 untuk penangguhan dan pengecualian sewa yang akan memanfaatkan 1,243 penyewa dan usahawan serta peruntukan sebanyak RM366,000 juga akan diberi untuk Program KETENGAH Ambil Cakna Lockdown dengan agihan bantuan bakul makanan kepada 3,200 keluarga.


KEDA akan diperuntukkan sebanyak RM61,250 bagi Latihan dan Pendidikan dengan pengurangan yuran hampir 40 peratus iaitu dari RM400 kepada RM150 untuk 245 pelajar dengan pengambilan pelajar bakal bermula untuk sesi Julai depan, manakala RM443,610 akan diperuntukkan kepada pengecualian sewaa premis dan hartanah melibatkan 116 syarikat penyewa PKS dan 13 penyewa hartanah KEDA serta moratorium bayaran sewa beli rumah kepada 649 peserta sewa beli rumah.


Dan tidak dilupakan, KPLB juga akan memperuntukkan sebanyak RM12 juta kepada JAKOA untuk bakul makanan kepada 62,269 orang asli dan Kursus Latihan dan Permohonan Bantuan Usahawan akan dijalankan secara maya dengan bayaran insentif internet kepada peserta kursus betharga RM10 sehari untuk setiap peserta selain penerimaan borang turut dijalankan secara dalam talian.


Diharap inisitiatif ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat sekaligus membantu dalam menghadapi PKP 3.0.


KPLB akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan rakyat terutama di luar bandar terjamin.




--PN Online