top of page
  • newsatmy

Inisiatif Malaysia Digital raih RM42 bilion FDI dalam 2 bulan - PM


BAYAN BARU,13 Sept: Inisiatif Malaysia Digital (MD) berjaya meraih nilai Pelaburan Langsung Asing (FDI) Digital sebanyak RM42 bilion dalam tempoh dua bulan sejak ia dilancarkan pada Julai lalu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai tersebut dijana melalui pelaburan 28 syarikat asing terdiri daripada syarikat dalam sektor Pusat Data, Penyedia Perkhidmatan IT, Teknologi Kandungan Kreatif dan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS).


“Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara, kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital. “Sementara itu, perkembangan Pelaburan Digital Langsung Domestik, setakat 24 Ogos 2022 pula telah merekodkan sebanyak RM4.76 bilion.

“Menerusi usaha ini, sebanyak 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi sudah diwujudkan dan peluang ini akan terus meningkat pada masa akan dating,” katanya ketika merasmikan Kongres Teknologi dan Inovasi (WCIT) 2022, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, semua pencapaian positif itu telah meletakkan Malaysia di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Ujarnya, dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan tinggi, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan digital utama di peringkat ASEAN


Astro Awani

Comments


bottom of page