• Arissa

Inisiatif Tambahan Bantu PKS

12 Jun 2021

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada ekonomi negara.


Baik dari segi aktiviti import eksport malah peniaga kecil juga turut terjejas.


Berikutan itu, kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi membantu perniagaan kekal beroperasi selain mengelakkan pengangguran, terutamanya PKS.


MITI menerusi MATRADE, memperkenalkan inisiatif Geran Pembangunan Pasaran (MDG) bagi memastikan pengeksport Malaysia kekal berdaya tahan dalam tempoh pandemik ini.


Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau maklum bahawa PKS tempatan sangat aktif dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di seluruh dunia menerusi perkongsian dengan pembeli antarabangsa.


Oleh itu, MDG yang disediakan sehingga RM300,000 ini akan terus menyokong usaha PKS dan pengusaha-pengusaha bagi meningkatkan kemudahan aktiviti eksport.


Ia termasuk menangani kos eksport, memudahkan penyertaan dalam acara maya seperti pameran antarabangsa dan menangani kerugian disebabkan pembatalan atau penangguhan aktiviti galakan eksport.


Selain itu, MDG juga akan membantu dari segi pendaftaran Pensijilan Antarabangsa bagi eksport, pendaftaran harta intelektual (IP) untuk pasaran antarabangsa serta penjenamaan dan pengiklanan termasuk melalui platform digital.


Inisiatif ini akan bemula mulai 15 Julai ini sehingga akhir tahun.


Jadi, kepada PKS, jangan lepaskan peluang ini.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MDG, anda boleh ke:


1: Pautan di https://www.matrade.gov.my/.../market-development-grant-mdg


2. Emel ke mdg@matrade.gov.my


3. Hubungi talian 03-6207 7077/7593



--PN Online