top of page
  • Writer's pictureNihaba

Insken sasar usahawan muda sertai DNA

26 Oktober-KUALA LUMPUR

INSTITUT Keusahawanan Negara Berhad (Insken) akan memperkasa ekosistem keusahawanan dengan melahirkan lebih ramai usahawan melalui Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA) terutama dalam kalangan graduan.


Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 2,000 usahawan akan menyertai DNA menjelang suku pertama 2022.

Katanya, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi insentif pendigitalan yang berbentuk subsidi sebanyak 50 peratus atau maksimum RM300 akan ditanggung oleh Insken untuk membantu peserta program membayar yuran langganan platform pemasaran e-dagang seperti Wasap.me, OnPay, Ordersini, Yezza, Shoppegram dan lain-lain.


"Program ini diperkenalkan untuk individu yang baru berjinak dalam bidang keusahawanan dan ingin memulakan perniagaan dengan menjadi usahawan dropship dahulu dan memahami selok-belok alam perniagaan bagi mengurangkan risiko kegagalan.

"Bermula dengan menjual produk orang lain adalah satu langkah yang bijak sebelum menghasilkan serta menjual produk sendiri.


Hadir merasmikan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Melalui pelaksanaan program ini, Insken mensasarkan 50 peratus daripada usahawan yang menjadi usahawan dropship mampu menjana pendapatan minimum sebanyak RM600 sebulan.


Secara keseluruhan, RM7.2 juta jumlah pendapatan dijangka akan terhasil daripada usahawan dropship dan pengasas produk melalui DNA.

DNA ini membabitkan empat komponen iaitu Latihan Dropship 101 selama dua hari bagi memberi pemahaman dan memperkenalkan prinsip perniagaan dropship dan ejen.

bottom of page