top of page
  • newsatmy

institusi Peguam Negara, malukan kerajaan


KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Sebagai seorang yang berjawatan penasihat khas undang-undang kepada Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik institusi Peguam Negara, Istana Negara dan secara keseluruhan telah memalukan kerajaan.


Ketua Penerangan PN Selangor Mohd Shukor Mustaffa berkata kenyataan Azalina seolah olah beliau tidak berpuas hati dan mencabar (hak istimewa) Diraja, Yang di-Pertuan Agong dan tidak hormat kepada Perdana Menteri serta kemungkinan boleh tercetusnya krisis Perlembagaan.

“Mengikut perkara bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, bahawa bidang kuasa perlantikan Peguam Negara adalah hak mutlak bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang yang layak menjadi Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri.

“Adakah selama lebih 60 tahun UMNO memerintah negara adakah peguam negara bertindak mengikut di bawah telunjuk UMNO? Jika sekira berlaku sedemikian, maka rosaklah sistem kehakiman negara.

“Akibatnya akan berlaku banyak kemusnahan kepada negara dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi. Malah boleh mengakibatkan pelabur- pelabur asing tidak yakin untuk melabur di Malaysia kerana pencabulan hak kebebasan sistem perundangan dan kehakiman negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu, Mohd Shukor melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Azalina bahawa “Sesiapa yang menjadi Perdana Menteri dia mesti menjadikan peguam negara orang dia.”

Mengulas lanjut, Mohd Shukor berkata UMNO seharusnya mengambil contoh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sesekali tunduk untuk mencampuri urusan mahkamah walaupun didesak oleh beberapa pihak.


Katanya, ini demi memelihara kebebasan kehakiman untuk terus mendapatkan kepercayaan daripada rakyat.

“Saya ingin menegaskan UMNO seharusnya menerima hakikat bahawa sebarang keputusan daripada Ketua Hakim Negara adalah dengan penuh hormat mengikut proses perundangan sewajarnya.

“Saya juga ingin menekankan bahawa bidang kuasa Mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), harus bebas dari kuasa-kuasa politik demi kepercayaan dan kesejahteraan rakyat.

“Di dalam kes DS Najib Razak, mahkamah telah memberi beliau banyak kelebihan, walaupun didapati bersalah namun mahkamah masih memberi penangguhan hukuman sehingga keputusan rayuan diputuskan. Perkara ini tidak berlaku kepada rakyat biasa, Najib bebas pergi kemana-mana selama empat tahun sehinggakan beliau mampu untuk pergi berkempen didalam berberapa Pilihanraya Negeri sebelum ini maka bagi saya, wajar jika Mahkamah tidak membenarkan membuat sebarang penangguhan lagi.

“Nasihat saya kepada YAB Perdana Menteri tidak perlu tunduk kepada mana-mana pihak yang mendesak untuk menukar Peguam Negara, Jika berlaku desakan Perdana Menteri harus buat laporan Polis dan mendakwa pihak tersebut kerana cubaan campur tangan dalam urusan badan Kehakiman,” katanya.

bottom of page