• Matha Ahmad

Intipati belanjawaan 2022

29 Oktober

KUALA LUMPUR-Ringkasan belanjawaan bajet 2022


Bajet 2022: Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40


Bajet 2022: Lebih RM11 juta disediakan bagi subsidi ujian mamogram kepada golongan wanita berisiko tinggi selain laksana ujian saringan kanser serviks


Bajet 2022: Subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40


Bajet 2022: Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan


Bajet 2022: Peruntukan khusus RM30 juta naik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU.


Bajet 2022: Kerajaan setuju tanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan motor kepada semua kenderaan persendrian dimiliki OKU


Bajet 2022: Pihak swasta diseru beri elaun sekurang-kurangnya RM900 atas khidmat pelajar jalani program latihan industri


Bajet 2020: Pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus akan dilanjutkan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus ke atas CBU sehingga 30 Jun 2022


Bajet 2022: Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah


Bajet 2022: Peruntukan RM30 juta bagi kemudahan taska di bangunan kerajaan terutamanya di hospital dan universiti awam.


Bajet 2022: Sebanyak RM120 juta bagi penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.


Bajet 2022: Pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.8 bilion disediakan.


Bajet 2022: Pakej pembiayaan bernilai RM40 bilion disediakan dibawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia.


Bajet 2022;Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso


Bajet 2022: Kerajaan cadang tingkat kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550, bantu 56,000 isi rumah


Bajet 2022: Pelepasan cukai sehinggan RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman sukarela seperti individu yang bekerja dalam sektor gig.


Bajet 2022: Sejumlah RM11.4 bilion disediakan bagi melaksanakan inisiatif pembangunan Bumiputera.


Bajet 2022: Kerajaan setuju luluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta bagi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian


Bajet 2022: Sebanyak RM6.6 bilion bagi kemudahan pendidikan anak-anak Bumiputera, manakala RM4.8 bilion bagi program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan termasuk di bawah TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera


Bajet 2022: Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah


Bajet 2022: Peruntukan RM746 juta untuk naik taraf sekolah daif termasuk 112 projek di Sabah dan 165 di Sarawak


Bajet 2022: Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150


Bajet 2022: Penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.


Bajet 2022: RM50 juta untuk biayai pembelian peralatan mengajar dan tambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.


Bajet 2022: Buat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM


Bajet 2022: Kerajaan cadang lanjutrkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Dis 2022


Kesimpulan belanjawan didasari usaha sebagai Keluarga Malaysia untuk bangkit semula memulih negara.

Lebih 28,000 ahli Keluarga Malaysia terkorban disebabkan COVID-19 kini.

Lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi disediakan kerajaan berjumlah RM530 bilion keseluruhan tidak termasuk peruntukan Belanjawan 2021.

95 penduduk dewasa dan 62 peratus remaja telah menerima vaksin COVID-19.

Ekonomi negara pada tahun 2022 diunjur terus berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus.

Bantuan sebanyak RM2,000 dibawah BKM kepada isi rumah yang mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan