top of page
  • newsatmy

Iqram Dinzly nafi diri berpakaian seksi berlatarkan alunan selawat

5 April 2022

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang mencetuskan kecaman orang ramai buat pelakon Iqram Dinzly apabila dirinya berpakaian seksi sambil berlatarkan alunan selawat.


Akibat tersebar luas video berkenaan, pihak Harian Metro telah menemu bual Iqram untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai video terbabit.


Menurut pelakon tersebut, lelaki di dalam video itu bukanlah diri beliau, namun itu merupakan karakter Princess Iqy Dinzly dan tujuan ‘dia’ membuat video itu untuk netizen membuat keputusan sama ada mahu mendengar selawat ataupun melihat wanita seksi.


Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata video yang dipaparkan di TikTok secara langsung itu juga merupakan cara untuk menegur golongan transgender yang sudah semakin berani hari demi hari.


Selain itu, ia juga teguran untuk wanita-wanita bertudung yang umpama berbogel dengan pakaian yang ketat.


Iqram turut sempat menyeru semua pihak untuk memadam hantaran yang tidak senonoh di media sosial dan ambil keberkatan di atas bulan mulia ini.


Video tular itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan mereka turut merasakan Iqram seakan-akan mempersendakan agama Islam.

bottom of page