top of page
  • newsatmy

“Iron Lady” Pontian bawa barang sumbangan

13 Januari 2021

Mohd Kasir

Puan Noor, Puan Nora, Puan Ida dan Puan Zainab menyerahkan bantuan kepada pusat pemindahan sementara di sekitar Kluang, Johor


KLUANG : Usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Wanita Gemilang Prihatin Gemilang Pontian, pengusaha Restoran Kemangi , YB Senator Dato’ Isa Ab Hamid dan beberapa lagi individu yang bermurah hati telah menyumbangkan barangan keperluan harian kepada mangsa banjir di sekitar Kluang, Johor.


Barangan sumbangan telah dihantar oleh 4 orang wanita hebat yang aktif dalam program kemasyarakatan di sekitar Pontian dan Johor. Mereka lebih dikenali sebagai Nor, Ida, Zainab dan Nora dikalangan aktivis wanita sekitar Pontian.


Menurut Zainab yang merupakan antara penggerak pertubuhan mereka “Usaha ni bukanlah kami sahaja terlibat tetapi ramai lagi cuma mereka tidak dapat menghadirkan diri kerana kesibukan dengan aktiviti seharian dan ada juga aktiviti kemasyarakatan lain sedang aktif dijalankan, oleh itu kami mengambil tanggungjawab untuk menghantar bantuan ini berempat, mudahan sedikit sumbangan ini dapat membantu mereka yang menjadi mangsa banjir disini, sedih kami kerana waktu pandemik ini datang pula satu lagi ujian yang berat kepada mereka”


Menurut Puan Nora yang juga merupakan pengusaha Restoran Kemangi di Pontian “Kami rasa puas hati dapat menyampaikan sendiri sumbangan di sini, walaubagaimanapun sumbangan kami sangatlah kecil jika dibandingkan dengan kesedihan yang mereka alami, kami berharap lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan turut sama membantu rakan-rakan kita diseluruh negara yang sedang memerlukan sekarang ini”


Puan Nor dan Puan Ida juga berkata “Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat sama memberikan sumbangan, sekiranya kita tidak mampu memberikan sumbangan berbentuk barangan dan wang ringgit, jangan risau selagi kesihatan kita masih dalam keadaan baik kita juga boleh berikan bantuan tenaga membawa dan menghantar sumbangan atau boleh juga bantu membersihkan rumah-rumah yang terlibat dengan banjir”


Tambah Puan Nor lagi “kami juga sempat berkunjung ke beberapa buah rumah membawa sedikit barang sumbangan dan kami akan ke pusat penempatan sementara di Kampung Melayu Raya Pekan Nanas petang ini, semoga Allah mempermudahkan dan memberikan kekuatan kepada semua yang terlibat dengan ujian ini”




Di pusat penempatan sementara di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas


Usaha mereka mendapat sokongan yang sangat positif dari pengguna media sosial, meskipun mempunyai tanggungjawab seharian sebagai suri rumah tangga dan ada juga yang bekerjaya sebagai peniaga, mereka tetap juga mencari ruang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan



bottom of page