top of page
  • zaman

Ismail Sabri berdating masa sekolah di‘Taxes Fried Chicken’ yang wujud 2013 di Malaysia

18 sept

Netizen bertindak selongkar restoran Taxes Fried Chicken mula masuk ke Malaysia pada tahun 2013 selepas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbau nostalgia bercinta dengan isterinya.


Ismail mendedahkan beliau dan isteri mula bercinta sejak sekolah di mana masing-masing di tingkatan enam atas dan enam rendah.



“Mengembalikan nostalgia zaman bercinta dulu. Saya dan Datin Sri bercinta sejak bersekolah, masa tu saya di Tingkatan 6 Atas dan Datin Sri di 6 Rendah,” kongsi Ismail di Facebooknya.

Menurut Ismail tempat yang paling hebat ketika dia dan isteri keluar ‘dating’ di ‘fast food’ iaitu A&W, KFC, Texas Fried Chicken dan lain-lain.


“Tempat makan yang paling hebat sewaktu ‘dating’ ketika itu di ‘fast food’ restoran sahajalah. A&W, KFC, Texas Fried Chicken dan lain lain.

“Kalau ‘time’ saya ada duit lebih, nak ‘up’ sikit saya bawa dia ke Colliseum Cafe,” ujarnya lagi.


Ismail berkongsi hantaran itu selepas program sambutan Hari Malaysia di mana beliau dan isteri menyinggah di restoran McDonald’s di Air Keroh Melaka.


“Teringat waktu muda dulu. Kini kami dah jadi atok dan nenek. Namun yang pasti kami masih tetap bercinta.

bottom of page