- admin
Perdana Menteri perlu segera laksanakan cadangan MPN-Shazani

JOHOR BAHRU,29 Sept:Ketua Srikandi Muda Negeri Johor,Shazani A,Hamid mengesa Perdana Menteri Ismail Sabri segera melaksanakan cadangan yang digariskan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Beliau berharap agar Ismail Sabri lebih serius dan tidak mengabaikan pandangan dan cadangan yang dibentangkan oleh MPN.
Dari kenyataan Ismail Sabri sebelum ini,jawapan beliau seolah meragui kebolehan anggota MPN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sedangkan cadangan MPN lebih terarah untuk kepentingan rakyat dan negara.
"Majlis Pemulihan Negara diwujudkan pada Julai 2021 dengan dianggotai oleh mereka yang mahir dan berpengalaman dalam pelbagai sektor swasta dan industri.Selain itu pengelibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan pengalaman yang mereka miliki membolehkan negara kita akan segera pulih dari kesan pendemik COVID-19" jelas beliau dalam satu kenyataan kepada PN Online semalam.
Beliau juga berkata," Mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Ismail Sabri sendiri telah bersetuju melantik Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi MPN atas dasar
keyakinan terhadap kemampuan beliau demi mencapai impak ekonomi yang lebih baik dan membantu rakyat yang didalam kesulitan,malah perlantikan beliau telah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong"
Beliau merasa kecewa segala cadangan dari MPN demi kebaikan, tidak dipandang serius oleh Ismai Sabri walaupun cadangan ini telahpun dipersetujui di dalam Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri.
Jelas beliau lagi "Ismail Sabri perlu sedar bahawa atas cadangan Muhyiddin Yassinlah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau sendiri tidak mendapat sokongan dari Presiden UMNO,Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin kanan dalam UMNO,Malah tanpa sokongan BERSATU dan PAS,UMNO menjadi kerajaan setelah dua puluh dua bulan parti itu menjadi pembangkang"
Sebagai anak muda perwaris masa depan negara ,beliau berharap pemimpin lama yang ada hari ini sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dengan mengutamakan semangat setiakawan demi kepentingan rakyat dan negara berbanding kepentingan peribadi dan kepartian.