top of page
  • newsatmy

Isteri Caprice berang dituduh ‘berlakon’ ketika bantu mangsa banjir

26 Disember 2021

Sejak kebelakangan ini, apa sahaja yang dikongsikan isteri kepada penyanyi rap Ariz Ramli iaitu Farra Inalis di Instagram pasti akan menarik perhatian netizen.


Terbaharu, perkongsian Farra bersama suaminya turun padang menolong mangsa banjir telah disalah erti oleh segelintir netizen yang menuduhnya hanya sekadar ‘lakonan’ untuk mencari publisiti.


Wayang saja lebih minah ni, kelakar pula tengok. Ini marketing saja lebih, nak bagi orang kenal. Nak jual produk la katanya, marketing kena pandai.


Setakat datang nak ambil gambar baik tak payah datang – Netizen


Difahamkan, individu yang bertindak mengeluarkan komen tersebut dipercayai menggunakan akaun Instagram palsu.


Enggan berdiam diri, Farra telah membalas setiap komen yang menuduhnya seperti tidak ikhlas menghantar bantuan di lokasi yang terjejas akibat banjir.


Farra secara sinis mengatakan yang dia ingin menaja individu tersebut bertemu dengan doktor pakar bagi melakukan pemeriksaan hati.

bottom of page