top of page
  • cik skod

Isteri DDNK Nafi Kahwin Dengan Suami Sebab Duit


Baru-baru ini berlangsungnya majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.


Difahamkan, isteri DDNK merupakan pelajarnya sendiri serta jarak usia kedua mereka 22 tahun. Susulan itu, ada yang mendakwa Ernie berkahwin dengan DDNK kerana duit.


Memetik Astro Gempak, wanita berusia 22 tahun itu berkata pada awalnya dia tidak mengenai siapa suaminya serta menafikan menerima DDNK kerana statusnya.


“Lucunya, masa mula-mula kenal saya memang tak tahu dia siapa. Dia tak mengaku pun dia DDNK, sampailah saya mulai cari di Internet siapa dirinya sebenar.

“Orang akan cakap saya dekat dengan dia sebab dia sudah stabil, tapi tak, bukan sebab dia popular, bukan sebab tagline dia. Tapi kerana dia tak berputus asa sampai sanggup berjumpa dengan orang tua saya dan pandai ambil hati saya,” katanya.


sumber-Roti Kaya

bottom of page