top of page
  • newsatmy

Isteri Kid Search meninggal dunia

30 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pemain gitar kumpulan Search, Kid, Noraznin Yusof meninggal dunia akibat kanser pagi tadi.


Berita tersebut disahkan oleh adik ipar arwah, Deena Mohammed Taib menerusi kemas kini status di akaun Facebook miliknya.


“Assalammualaikum semua, makluman buat semua. Kakak ipar saya, Noraznin Yusof telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini.


“Mohon doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih di atas doa dan kasih sayang tuan/puan semua buat kakak ipar saya. Semoga roh kakak ipar saya tenang dan berbahagia di alam baharu,” tulisnya.


Sementara itu, Kid berkata, isterinya menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Untuk rekod, Noraznin mula menjalani rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur akibat kanser darah myeloma tahap empat pada Disember 2020.


Sekitar Julai lalu, Noraznin, 55, dilaporkan koma selama 10 hari.


Bersama Norazrin, Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Mohd Taib memiliki dua cahaya mata iaitu Deanda dan Aaqil Naquidean.

bottom of page