top of page
  • Farah

Isu beg berat: KPM pasang lokar di sekolah mulai hujung bulan ini


PUTRAJAYA, 6 Sept – Proses pemasangan kemudahan lokar di sekolah-sekolah rendah seluruh negara akan bermula hujung bulan ini.


Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pemasangan lokar secara berperingkat itu dilaksanakan sebagai salah satu daripada tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangani isu beg berat murid sekolah.

“Untuk lokar bagi fasa satu ini kita akan laksanakan untuk sekolah yang dua sesi, untuk murid Tahap Satu. Tetapi fasa ini kita buat untuk murid tahun satu dan tahun dua (dulu).

“InsyaAllah kita akan mula pasang lokar-lokar di sekolah pada penghujung bulan. Jadi pada bulan Oktober, kita cuba ikhtiarkan semua perolehan itu telah sampai ke sekolah, dan semuanya dipasang,” katanya selepas Majlis Libat Urus Bersama Editor Kanan di sini pada Isnin.


Selain itu, guru turut digalakkan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertema atau modular, pembelajaran berasaskan projek dan simulasi amali bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buku teks.


Dalam perkembangan lain, penggunaan uniform sekolah kebangsaan dibenarkan bagi sesi persekolahan kelas agama fardu ain (KAFA).


Jelas beliau, rata-rata majlis agama negeri bersetuju agar pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi sekolah KAFA.

bottom of page