top of page
  • newsatmy

Isu Logo Perlu Dibincang Di Peringkat Majlis Presiden-Fahmi Fadzil

29 November

KUALA-LUMPUR-Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan semalam Antara yang telah dibincangkan adalah keputusan Pilihan Raya Umum Melaka ke-15 yang selesai pada 20 November lalu serta penggunaan logo Pakatan Harapan.


"Dari dapatan awal pimpinan, SOP yang dikenakan ke atas cara berkempen bagi PRU Melaka telah menyukarkan proses pengenalan calon-calon baharu serta logo yang berbeza dari yang dibawa pada Pilihan Raya Umum ke-14." jelas Fahmi Fadzil dalam kenyataan media.


Hal ini telah ditekankan pimpinan dan akar umbi KEADILAN dari awal bagi PRU Melaka. Namun oleh kerana KEADILAN memahami sikap sahabat-sahabat di dalam Pakatan Harapan pada ketika itu, maka kami membuat keputusan bersetuju dengan penggunaan logo tersebut.


Namun, ke hadapan, KEADILAN berpandangan bahawa wujud kewajaran logo KEADILAN

digunakan semula. Perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut pada mesyuarat Pakatan Harapan yang akan datang.

bottom of page