top of page
  • Farah

Isu saman PM: Kerajaan teliti saman dari sudut Perlembagaan Persekutuan


MASJID TANAH, 12 Okt – Kerajaan akan meneliti dari sudut Perlembagaan Persekutuan terhadap tindakan bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang memfailkan sama pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari Rabu.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, berkata beliau akan berbincang dengan Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta beberapa pihak lain mengenai perkara itu.


“Saya belum berbincang dengan Datuk Seri Dr Wan Junaidi lagi bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai perkara ini.


“Charles menyebut bahawa Perdana Menteri tiada hak membubarkan Parlimen selepas hilang kepercayaan 12 Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), namun kita nak tengok sama ada bercanggah dengan peruntukan yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.


Hari ini, media melaporkan penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago, memfailkan saman pemula terhadap Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia dan SPR susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan dibuat Perdana Menteri kelmarin.


Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU)

bottom of page