• newsatmy

"It's been a while. Signing out now" - MBO ucap selamat tinggal

12 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Oktober tahun lalu, MBO mengumumkan penutupan sementara pawagam mereka di seluruh negara.


Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terus berlanjutan akibat wabak COVID-19, menyebabkan situasi kewangan mereka semakin genting.


MBO kemudiannya mengesahkan bahawa pemilik Golden Screen Cinema (GSC), PPB Group Bhd, telah membeli saham MCAT Box Office Sdn Bhd (MBO) pada Mac lalu.


Dan semalam, MBO menerusi laman sosial mengucapkan selamat tinggal dengan catatan berbunyi "It's been a while. Signing out now”.


Netizen menyambut berita itu dengan perasaan sedih, dan masing-masing berkongsi memori mereka bersama MBO, yang mula beroperasi sekitar 2003.


Industri filem antara yang sangat terjejas sejak awal pelaksanaan PKP. Ramai pekerja industri itu yang kehilangan kerja dan pawagam juga terpaksa gulung tikar.


-Astro Awani