top of page
  • newsatmy

"Itu bukan video baru" -Shuk Sahar

2 Ogos 2021

Semalam kecoh apabila epotong video yang menyerupai pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar, dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah bilik hotel yang didedahkan seorang wanita dipercayai 'kekasih gelapnya' tersebar.


Shuk, 3, bagaimanapun telah menafikan bahawa ia video baharu malah menganggap tindakan berani dibuat wanita terbabit sebagai satu promosi buat dirinya yang sekarang sudah kehilangan mata pencarian.


"Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai Polis lah cerita,


"Takkanlah video baharu, kami tengah keluar berdua ni (bersama isteri). Lagipun, badan sekarang tengah gemuk kan,


"Nak buat macam mana... Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib," katanya menerusi beberapa hantaran Instagram (IG) Story ketika menjawab persoalan yang ditanay sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mengenai video tulak berkenaan.


Terbaharu, Sera menerusi IG Story miliknya lagi mendedahkan dia dan suaminya telah mengambil tindakan dengan melaporkan ke pihak polis serta bakal membawa perkara tersebut ke muka pengadilan bersama peguam belanya.


"Seperti yang semua mungkin dah tahu, sekarang tersebar banyak cerita tak best dan tohmahan sehingga mengancam keselamatan suami dan keluarga saya,


"Bagi saya, tindakan ni keterluan kami terpaksa ambil tindakan. Saya tak nak komen apa-apa biar peguam dan pihak berkuasa yang akan siasat perkara ini," tegasnya.


Sera yang ketika itu bersama peguamnya, Haziq Subhi turut meminta beliau mengulas mengenai perkara tersebut.


"Kami dalam proses penelitian. Saya percaya anak guam saya telah dianiaya dan terdapat elemen berunsur fitnah," jelasnya.


Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan terbuka di Instagram.


Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosialnya ketika itu, Sera mendedahkan Shuk masih curang bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.


Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Shuk berjaya memujuk isterinya selepas meminta maaf dan membuat kejutan membawa rombongan meminang semula Sera ke kediaman mereka.



bottom of page