• newsatmy

‘Itu pantai persendirian saya’, kata isteri Nazri Aziz selepas tular video ke pantai memakai ‘gelang

sumber : malaysianow

Isteri kepada Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz menafikan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 selepas videonya di tepi pantai menggunakan gelang bewarna merah jambu tersebar di media sosial.


Haflin Saiful berkata video yang dimuat naiknya di akaun Instagram adalah di pantai persendirian miliknya.


“Ini adalah kawasan pantai persendirian, teritori saya dan di dalam kompaun saya,” katanya kepada MalaysiaNow.


Video yang berdurasi 20 saat itu menunjukkan aksi Haflin berada di tepi pantai dan berlari menuju ke dalam lautan sambil diperhatikan anak dan pembantu rumahnya.

Selepas Nazri, Haflin dan anaknya yang berumur empat tahun turut disahkan dijangkiti wabak Covid-19.


Baru-baru ini Haflin melepaskan kemarahannya kepada kerajaan dengan kata-kata tidak berpuas hati bermula daripada pengisytiharan darurat hingga kepada langkah politik terbaru suaminya.


Semalam Nazri disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit ketika mengadakan sidang media untuk menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur minggu lalu.


Pada 12 Januari lalu, Nazri mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang turut disertai Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin.


Empat hari kemudian Zaharin mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.

Nazri berkata, beliau melakukan ujian Covid-19 semalam selepas diberitahu Zaharin positif Covid-19.


Terbaru, Tajuddin disahkan positif Covid-19 hari ini dan menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sendiri kerana tidak mempunyai sebarang gejala.


Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.