top of page
  • Writer's pictureNihaba

Jabatan Perdana Menteri lemah urus anjur pogram 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia-Khairy

13 Disember 2021

Rakyat diharapkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berhubung Covid-19 dan tidak mencontohi kerajaan yang mengabaikan SOP ditetapkan, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Menteri Kesihatan itu mengakui pihak kerajaan gagal memastikan SOP semasa program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia pada Khamis lalu dipatuhi, namun menggesa orang ramai tidak melakukan kesilapan seperti yang kerajaan telah lakukan.

“Tapi janganlah disebabkan kesilapan kami di pihak kerajaan, rakyat enggan patuh kepada SOP. Kita kena sentiasa sama-sama berjuang menentang pandemik ini,” katanya semasa program Bicara Naratif Khas di RTM1 semalam.


Khairy memohon maaf atas kesalahan tersebut serta berjanji ia tidak akan berulang lagi.

“Saya sedar rakyat sedang marah disebabkan apa yang telah berlaku pada acara yang sepatutnya meraikan kejayan kerajaan.

“Namun, kekhilafan telah berlaku dengan beberapa insiden kesesakan yang saya sangat kesali" katanya lagi.


Khairy juga menegur Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri yang disifatkan lemah dan gagal dalam menjalankan tugas sepanjang menganjurkan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, antaranya menghantar mesej mengajak pengunjung beramai-ramai memeriahkan program berkenaan. Khairy menyarankan kerajaan menggunakan agensi atau kementerian yang sudah biasa menganjurkan acara besar seumpamanya, seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).


Pihak penganjur hanya didenda RM1,000 kerana tidak patuh kepada protokol dan SOP ditetapkan dan ini menimbulkan kemarahan rakyat,seoalah-olah kerajaan bersikap 'Double Standard'


Program itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mendapat sambutan menggalakkan, khususnya daripada warga Lembah Klang, sehingga menimbulkan keresahan masyarakat kerana pada awalnya tidak mematuhi SOP.


Melalui gambar dan klip video yang tular di media sosial, orang ramai yang hadir pada program itu bersesak-sesak, tanpa penjarakan sosial, sehingga menimbulkan kebimbangan berlakunya penularan Covid-19.

bottom of page