top of page
  • newsatmy

Jaringan Moura bantu Spurs lakar kemenangan

6 Disember 2021

JARINGAN Lucas Moura mencetusi inspirasi kemenangan Tottenham 3-0 ke atas Norwich City.


Pemain Brazil itu membuka jaringan seawal minit ke-10 di Stadium Tottenham Hotspur.

Dua gol daripada Davinson Sanchez dan Son Heung-min memastikan kemenangan buat skuad kendalian Antonio Conte melintasi Arsenal ke tangga ke lima Liga Perdana Inggeris (EPL).


Spurs akan kembali beraksi pagi Jumaat ini bertemu Rennes dalam saingan Liga Conference dalam memburu slot ke pusingan kedua.

bottom of page