top of page
  • Farah

Jay Chou- Tiada Masalah Tunda,saya hanya ingin menghiburkan peminat

7 Jan

Penyanyi terkenal Taiwan, Jay Chou akhirnya bersuara mengenai situasi konsert meganya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Beliau bersedia untuk menunda konsertnya sekali lagi.


Ini reretan dari luahan penyokong bola sepak Malaysia bahawa konsert beliau mengganggu saingan Piala AFF 2022 yang melibatkan Malaysia dan Thailand.


Sebelum ini, pihak SNBJ dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa mengurangkan jumlah tiket yang dijual kepada hanya 59,000 keping tiket sahaja untuk perlawanan ini.


Dikatakan sebanyak 21,000 keping tiket telah dikorbankan agar ruang tempat duduk penyokong di belakang pentas konsert dikosongkan.


Memasuki fasa separuh akhir, kelibat dan kekuatan penuh penyokong amat ditagih oleh skuad kebangsaan bagi menggerunkan musuh bertandang.


Malah, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang dikhabarkan turun padang untuk melihat situasi tersebut juga gagal membantu sepenuhnya.


Dua perkara ditekankannya iaitu tempahan untuk konsert tersebut telah dibuat sejak tahun 2019 dan tempoh masa yang lama diperlukan untuk proses pemasangan pentas konsert tersebut iaitu selama dua minggu.


Dalam pada itu, penyokong skuad negara dilihat mengambil kesempatan ‘menyerang’ media sosial penyanyi tersebut bagi melepaskan kemarahan.


Mereka juga dilihat menuntut penyanyi yang terkenal di Malaysia menerusi filem adaptasi dari manga Jepun, Initial D disekitar awal era 2000-an itu agar menangguhkan konsertnya di Bukit Jalil pada 15 Januari depan.


Semalam, Jay Chou menerusi Instagamnya telah membalas semula luahan rasa tidak puas hati para penyokong skuad negara di media sosialnya.


Ini menunjukkan isu tersebut telah sampai ke pengetahuannya dan beliau juga tumpang bersimpati dengan nasib yang dilalui para penyokong.

Kepada penyokong bola sepak Malaysia, saya tahu perlawanan tersebut penting bagi anda. Saya sanggup memberikan kerjasama termasuk untuk menangguhkan konsert tersebut. Namun, anda perlu bertanya kepada FAM atau pun penganjur sama ada ia boleh atau sempat untuk ditunda,” titipnya.


Jika kita melihat semula kepada kenyataan Menteri, tempahan hanya dibuat FAM pada 18 Ogos yang lalu, sebelum pengundian peringkat kumpulan.


Pada edisi sebelum ini, ASEAN Football Federation (AFF) menggunakan Singapura sebagai gelanggang rasmi buat semua perlawanan, dari peringkat kumpulan sehingga ke pentas final disebabkan Covid-19.



bottom of page